Thursday 30 March 2017

10 BUNGA YANG HAMPIR PUPUS DI DUNIA

Berikut adalah senarai 10  bunga yang jarang dilihat dan hampir pupus di dunia :-

1. Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)





Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

2. Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)




Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina. Pepohon bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait erat dengan kacang merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung dari cabang-cabang sehingga mencapai hingga tiga meter panjangnya. Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies ini telah terbukti sukar untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin pupus.


3. Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)



Bunga  ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi. Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim gugur
4. Koki’o (Kokai cookei)




Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang 

5. Gibraltar Campion (Silene tomentosa)



Bunga ini hanya boleh ditemui dilereng lereng gunung di Gibraltar. Di Gibraltar masih ada beberapa spesis yang dapat ditemui. Tetapi sayangnya, pada tahun 1992, semua jejak tanaman ini telah lenyap dan akhirnya pupus. Kemudian pada tahun 1994 seorang pendaki telah menjumpai spesis tunggal dan membawanya untuk dibiakkan. sekarang bunga ini tumbuh di The Almeda Gibraltar Botanic Gardens serta Royal Botanic Gardens di London.

6. Paruh Kakak Tua (Lotus berthelotii)





Bunga yang indah ini terdapat di Kepulauan Canary. Pendebungaan bunga ini diyakini dibantu oleh burung sunbird, yang  sudah lama pupus di Kepulauan Canary. Hal ini menyebabkan bunga ini jarang dilihat lagi.


7. Middlemist Merah (Middlemist kamelia)



Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari China oleh John Middlemist pada tahun 1804. Bunganya berwarna merah muda cerah dan terlihat hampir menyerupai bunga mawar.

8. Kosmos Cokelat (Cosmos atrosanguineus)



Dengan warna merah gelap ,bunga ini merupakan salah satu spesies dari Cosmos, yang berasal dari Mexico. Memiliki ukuran diameter sekitar 3-4 cm. Bunga-bunga ini memiliki bauan vanilla, yang juga membuatnya menjadi tanaman hiasan yang indah.


9. Lady Slippers Kuning dan Ungu (Cypripedium calceolu)





Pepohon dari jenis anggerik liar ini dijumpai di Eropah. Contoh tanaman ini yang berada di Inggeris, dapat ditemui di padang golf dan telah berada di bawah perlindungan polis yang ketat sejak tahun 1917. Setangkai tunggal bunga ini boleh dijual dengan harga 5000 Dollar AS.





10. Anggerik Hantu (Epipogium aphyllum)

Anggerik Hantu


Bunga Anggrek Hantu merupakan tanaman yang telah pupus selama hampir 20 tahun, tetapi baru-baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini sangat jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang biak. Kerana tidak memiliki daun untuk proses fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri. Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk sumber pemakanan

1 comment:

FAKTOR-FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Antaranya: Pencemaran -  Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan ba...